Ini cerita tentang seorang mak guard. Berumur dalam lingkungan 1 bulan dan 1 hari. Mak guard ini sangat comel, pipinya bobot. Shift beliau bermula jam 11 malam hingga 5 pagi. Beliau suka mengular sebab kerjanya baring sahaja dan ek ek ek ngek ngau sana sini. Kebisingan mulutnya menyebabkan penduduk di Tingkat 16 bilik master tidak dapat tidur dengan aman. Bos rasa macam nak berhentikan beliau kerja sebab bos nya sudah tidak sanggup mendengar rintihan dari penduduk kawasan itu yang tidak cukup tidur. Setiap kali nak marah beliau bos nya rasa tidak sampai hati kerana dia akan buat mukanya yang paling comel.
Aku ingat nak hantar je Mia ni duduk kat pak guard bawah teman kan mereka bekerja shift malam...Adakah Mia ini adalah anak kepada Edward Cullen? Mata aku dah macam panda. Muka dan macam bibik. Disebabkan tak cukup tidur keadaan aku dirumah adalah sangat horror. Bila aku dah nak tertidur dia bangun. Bila dia tidur aku pula berkuntau kemas rumah, lipat baju dan segala bagai. Kadang kadang aku rasa macam mummy yang kejam ada juga. Bila ini dey kici sudah sampai pagi tidak ketiduran terlepas juga kata amarah aku. Masa awal awal dulu aku tak biasa lagi, hari ke 19 dia telah pun mendengar jeritan Kuala Lumpur aku yang pertama.
"Mia ni dah kenapa tak tidur ! Nak apa lagi ni???Main sorang sorang mummy tak nak kawan mia!! " serentak dengan itu aku bawa tangan tutupkan telinga aku rapat rapat. Aku ingat aku penyabar rupanya aku kurang penyabar.
Esok paginya bila aku bangun nampak dia terkulat kulat tidur sebelah tangan terkulai terkeluar dari bedung sedih sebak hati aku tengok dia. Apakah salah dia hendak bermain di shift malam diherdik ibunya pula. Bila aku rasa bersalah cepat cepat aku gomol lomo pipi dia. Dukung dia kuat kuat. Esoknya hari ke 20 aku marah lagi dia tak mau tidur sampai ke pagi. Bangun lagi esok paginya aku rasa bersalah gila dekat dia. Ulang lagi situasi peluk cium aku.
Aku fikir aku ni macam budak budak. Anak nak bermain ek ek ek aku marah. Tapi aku sayang sangat kat dia.
Sekarang ni aku dah boleh terima rutin dia nak main tengah tengah malam. Sekarang aku dah tak marah marah. Ceh ceh ceh feeling mummy solehah pula aku tiba tiba.
Yelah Mia, mainlah kamu puas puas shift malam ni. Nanti mummy dah start kerja kamu tak boleh buat lagu ni. Kalau Mia tak mau tidur juga terpaksalah Mummy hantar kat rumah bangla sebelah yang suka buka radio kuat kuat macam dia seorang ada radio (sempat lagi mengumpat jiran sebelah rumah)
No comments:
Post a Comment