Tidak berpantang. Satu malam yang dingin dan keseorang hampir meroyan. Serius mungkin itu yang terjadi kalau orang meroyan kot. Waktu kejadian minggu kedua berpantang. Mama dah balik dan tinggal ku keseorangan menjaga anak kecil. Aku yang tak tahu sebenarnya macam mana nak jaga budak baru lahir. Keletihan. Tidak cukup tidur. Tidak cukup makan (hari ke 20 berpantang berat telah turun ke 57kg. Timbangan terakhir sebelum bersalin adalah 68kg!!!)
Baby meragam sepanjang malam. Menangis sekuat hati. Bagi susu sudah. Tukarkan pampers juga sudah. Masih menangis lagi. Aku yang berada dalam keadaan lemah dan kepenatan tiba tiba meraung sekuat hati -- sekuat hati hokeh. Rasanya guard yang jaga kat bawah guard house pun boleh dengar raungan aku. Ntah ntah dia ingat pontianak yang meraung. Agak lama juga adegan aku meraung dan menangis teresak esak malam itu. Mia yang menangis terus diam secara mendadak tengok mummy dia pula yang menangis. Dan dan je aku berhenti meraung dia sambung pula tangisan dia. Masa tu aku rasa memang kasihan tengokkan dua beranak yang tergapai gapai mencari arah hidup. Masa tu memang ada terlintas dalam fikiran aku nak bunuh diri tapi aku bukanlah orang yang berani untuk membunuh diri sendiri. Bawa mengucap banyak banyak aku masa tu. Barulah aku ingat pesan Mummy G, dalam hari jangan biarkan diri sorang sorang nanti perasaan sedih tu menyusup sendiri walaupun tak ada apa disedihkan.
Kalau ikut istilah orang hengeris dipanggil Postpartum Depression - tekanan yang terjadi pada wanita selepas bersalin.
Nasihat aku kalau lepas bersalin adalah baik balik ke kampung. Pantanglah paling tidak selama sebulan dibawah jagaan mak atau mak mertua.Kalau tak adengan tangis sambung menyambung kemungkinan besar akan terjadi. Huhuhuhuhu~
No comments:
Post a Comment