Tidur semalam berempat beranak memang satu tekanan emosi yang kuat...karwaley aku jadinya. Akhirnya hambik kau empat empat berjaga nak melayankan sekecil comot kat bawah ni.Lepas subuh barulah dia nak tidur, tu pun setelah puas aku bergelumang dengan segala bagai lagu dari zikirulallah sehinggalah ba ba black sheep --> diam pula tu aku nyanyi lagi si kambing hitam adakah dia bersetuju yang kulit emaknya sama dengan kegelapan si kambing??Yang penting bila Mum dia yang pegang cepat cepat dia jadi good girl. Kekdahnya aku dilihat dengan sorongan mata --> You are bad mummy, you are bad mummy..ceh
Bangun pukul 12.30 tengahari terus dia test suara adakah suara dia berfungsi lagi ke tidak..iye sangggaaat berfungsi!
Baiklah setelah habis sarung cadar aku digomo dengan muntah susu marilah kita bermandi manda.
Alat sulit haruslah ditutupi bagi mengelakkan elsploitasi dari pihak tidak bertanggungjawab. Mia memang suka mandi. Kau rendamlah lama lama dia dah bath tub dia memang tak nangis punya. Sekarang siap dah pandai hentak hentak kaki dalam tub kasi air percik percik kat muka aku. Ewah adakah dia berfeeling di pasiran pantai kah?
Bedak biar kasi bubuh lebih sikit macam tepong gomak. Muka dia kena ruam susu yang sangat teruk. Sampai calar balar muka dia sebab dia garu. Bila aku pakaikan mitten habis digosok gosok mitten kat muka dia macam nak hilangkan daki sepuluh tahun tak mandi. Maka jadilah dia Santa Clause..hohohoho merry chirstmas
Lepas mandi haruslah test suara lagi. Kali ni aku dah faham dah mesti nak susu. Yelah lapar kan setelah berhoye hoye dalam bath tub.
Pandangan muka yang tidak puas hati...Mia nak nenen tak mau botol...huhuhuhu..Mia, mummy stop breastfeeding sekejap sampai muka mia dah ok ye sayang. Cian mummy tengok muka dia darah darah sebab allergic susu nenen. Nanti dah ok kita nenen nenen ye sayang. Alhamdullilah, susu badan masih memancut dengan jayanya walaupun stop BF sekejap.
Botol Avent cuma ada sebiji aje. Mia ada 3 botol. 1 Avent, 1 Anakku, 1 Minnie Mouse. Tapi pandai pula tu dia pilih nak botol mahal aje. Hai..budak budak sekarang.. Nanti umur dia setahun jangan terkejut dia pandai update pacingbook sendiri.
Botol Avent cuma ada sebiji aje. Mia ada 3 botol. 1 Avent, 1 Anakku, 1 Minnie Mouse. Tapi pandai pula tu dia pilih nak botol mahal aje. Hai..budak budak sekarang.. Nanti umur dia setahun jangan terkejut dia pandai update pacingbook sendiri.
Yeay, dah kenyang..masa untuk tidur. Sebagai ibu bekerjaya yang busy, aku pun zas ke ruang tamu untuk menghabiskan kerja kerja yang tergendala. Macam busy sangat lah pula kan..
Tiba tiba aku terdengar bunyi ngek ngao ngek ngao..aku pun skodeng dari jauh. Tertipu rupanya aku dia main main tidur saja tadi bai..Ini tidak boleh jadi...
Anak orang lain kena usap usap kening untuk tidurkan.Dah kening dia separuhkan apa ke hal aku nak usap kening sampai keheningan subuh balik lah tak tidur semula..eh eh aah baka itu kening separuh.. Anak aku pula lain kekdahnya. Kena usap usap hidung dia yang comel tu baru nak tidur balik.
Habislah rutin dia setakat 4.30 petang ini.
Lega
*Urut dahi.