Sorry pasal lama aku tak update blog tak semenggah ni.. Cerita baru adalah aku dah start bekerja dengan sebuah company outsource. Mia pula sakit sejak bulan lepas sampai sekarang tak baik baik. Risau sangat. Bila batuk sangat teruk bunyi kong kong kong dia dan diikuti dengan muntah selambak yang mana dalam muntah itu ada kahak. Kesian dia. Tak sampai hati aku tengok dia muntah macam tu. Rasa mahu aku tukar badan aku dengan badan dia. Budak kecil muntah mesti lagi sakit sedangkan budak besar besar muntah terus lesu badan. Inilah akibatnya kalau tak breasfeed, kalau breastfeed insyallah dengan kandungan antibodi yang tinggi mungkin dapat membantu mengurangkan sakit sakit begini. Maka dengan ini aku menyeru ibu ibu di Malaysia agar menyusukan anak dengan susu badan.
Berbalik kepada tajuk entri diatas. Aku dengan berangan yang sangat tingginya ingin sekali melihat Mia boleh membaca seawal umur 2 tahun. Adakah aku ibu yang mendesak anak atau sebenarnya hasrat ini boleh tercapai? Sesungguhnya semua baby adalah genius. U know macam iklan Anmum. So aku telah membeli Mia's first Flash Card yang aku beli di Tesco dengan harga RM5.00. Sekarang ni paling tidak aku spent sehari sekali main Flash Card dengan dia. Mia baru umur 2 bulan setengah sudah mahu ajar baca kah minachi? Ey ey don't understimate my baby hokeh. Brain baby lagi banyak nerve cells dari kita yang dah tua bangka ini. Nerve cells ni kalau kita tak polish dia ia akan depleted. Kalau kita polish ia akan berhubung. Macam iklan Anmum lagi padahal anak aku dah tak minum susu Anmum lagi atas alasan ekonomi ibu nya baru bekerja. Tak apa tak apa nanti ekonomi dah stabil boleh tukarkan susu Anmum balik. Walaubagaimanapun susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak anak.
Kepada my support group yang bila balik kerja rajin main Flash Card dengan Mia, terima kasih tidak terhingga ku ucapkan. Marilah sama sama kita mendidik Mia menjadi anak yang pintar dan solehah ;) Aminnnn - 6 harkat.
For more information about genius baby can refer to http://geniusbabyonboard.blogspot.com/
Untuk ubat penghilang rindu mak cik mak cik Mia yang jauh di halaman kampung, ku selitkan beberapa gambar terbaru si tecik comel ini.
Sunday, March 6, 2011
Friday, March 4, 2011
Thursday, January 27, 2011
Mia's Thursday Routine
Tidur semalam berempat beranak memang satu tekanan emosi yang kuat...karwaley aku jadinya. Akhirnya hambik kau empat empat berjaga nak melayankan sekecil comot kat bawah ni.Lepas subuh barulah dia nak tidur, tu pun setelah puas aku bergelumang dengan segala bagai lagu dari zikirulallah sehinggalah ba ba black sheep --> diam pula tu aku nyanyi lagi si kambing hitam adakah dia bersetuju yang kulit emaknya sama dengan kegelapan si kambing??Yang penting bila Mum dia yang pegang cepat cepat dia jadi good girl. Kekdahnya aku dilihat dengan sorongan mata --> You are bad mummy, you are bad mummy..ceh
Bangun pukul 12.30 tengahari terus dia test suara adakah suara dia berfungsi lagi ke tidak..iye sangggaaat berfungsi!
Baiklah setelah habis sarung cadar aku digomo dengan muntah susu marilah kita bermandi manda.
Alat sulit haruslah ditutupi bagi mengelakkan elsploitasi dari pihak tidak bertanggungjawab. Mia memang suka mandi. Kau rendamlah lama lama dia dah bath tub dia memang tak nangis punya. Sekarang siap dah pandai hentak hentak kaki dalam tub kasi air percik percik kat muka aku. Ewah adakah dia berfeeling di pasiran pantai kah?
Bedak biar kasi bubuh lebih sikit macam tepong gomak. Muka dia kena ruam susu yang sangat teruk. Sampai calar balar muka dia sebab dia garu. Bila aku pakaikan mitten habis digosok gosok mitten kat muka dia macam nak hilangkan daki sepuluh tahun tak mandi. Maka jadilah dia Santa Clause..hohohoho merry chirstmas
Lepas mandi haruslah test suara lagi. Kali ni aku dah faham dah mesti nak susu. Yelah lapar kan setelah berhoye hoye dalam bath tub.
Pandangan muka yang tidak puas hati...Mia nak nenen tak mau botol...huhuhuhu..Mia, mummy stop breastfeeding sekejap sampai muka mia dah ok ye sayang. Cian mummy tengok muka dia darah darah sebab allergic susu nenen. Nanti dah ok kita nenen nenen ye sayang. Alhamdullilah, susu badan masih memancut dengan jayanya walaupun stop BF sekejap.
Botol Avent cuma ada sebiji aje. Mia ada 3 botol. 1 Avent, 1 Anakku, 1 Minnie Mouse. Tapi pandai pula tu dia pilih nak botol mahal aje. Hai..budak budak sekarang.. Nanti umur dia setahun jangan terkejut dia pandai update pacingbook sendiri.

Yeay, dah kenyang..masa untuk tidur. Sebagai ibu bekerjaya yang busy, aku pun zas ke ruang tamu untuk menghabiskan kerja kerja yang tergendala. Macam busy sangat lah pula kan..
Tiba tiba aku terdengar bunyi ngek ngao ngek ngao..aku pun skodeng dari jauh. Tertipu rupanya aku dia main main tidur saja tadi bai..Ini tidak boleh jadi...
Anak orang lain kena usap usap kening untuk tidurkan.Dah kening dia separuhkan apa ke hal aku nak usap kening sampai keheningan subuh balik lah tak tidur semula..eh eh aah baka itu kening separuh.. Anak aku pula lain kekdahnya. Kena usap usap hidung dia yang comel tu baru nak tidur balik.
Habislah rutin dia setakat 4.30 petang ini.
Lega
*Urut dahi.
Wednesday, January 26, 2011
Cerita Bergambar

Mummy : Mia duk yam yam senyum ok..mummy nak ambil gambar nia
Mia : Otey Mummy..
Mummy : Mia don't move around..mummy nak ambil gambar ala ala pakai tudung ni
Mia : nanak nanak
Mummy : Mia!!!
Mia : *amukan
Wednesday, January 19, 2011
Tembikai dan Oren - Cerita breastfeeding aku
Aku cerita jujur jujur tentang perjalanan breastfeeding aku selama hampir sebulan tak ada hidden story. So kalau korang nak dapatkan cerita breastfeeding yang sangat postive sila berhenti baca entri ini sebab ada part yang mungkin buat korang takut nak breastfeeding (korang takut ke aku yang trauma??)
Mia lahir secara c-sect (cerita tentang pengalaman bersalin entri yang seterusnya hokeh) seingat aku hari ke 3 dia lahir baru dia dapat berbreastfeed dengan aku. So selama 3 hari itu dia diberi minum susu formula oleh pihak hospital. Aku pun teramatlah teruja untuk berbreastfeed dengan dia. Mia memang anak yang luar biasa hebat (wah macam dalam kem motivasi pula) terus terus pandai mencari mana nipple aku. Aku pun pakai sumbat nipple aku dalam mulut dia. Sangat comel aksi mencari nipple. Dari awal aku tahu aku preggie aku begitu bersemangat untuk bagi dia hanya susu ibu secara ekslusif. Tapi dah haruslah tak ekslusif sekarang setelah dicampur dengan susu formula.
Hari ke lima aku dah boleh discharge dari hospital dengan bil hospital yang bagi aku agak mahal dari yang mereka war warkan (adakah bil hospital private ada hidden charges seperti bil telefon??) Sepanjang perjalanan dari hospital ke rumah Mia macam anak burung kelaparan sekejap sekejap nak nenen. Tapi sekarang baru aku faham kenapa dia asyik nak nenen masa tu sebab susu aku non hado masa tu. Yang penting masa dah nak sampai tol batu tiga dia merengek nak nenen. Aku pula belum beli nursery bra sekali kau aku angkat tshirt aku nampaklah seketul breast pejal yang aku siap sedia nak sumbatkan dalam mulut Mia. Ntah ntah kereta sebelah menyebelah seronot je tengok kan kan kan..
Bermula dari itu jadilah nenen aku sebagai teman baik cum pacifier Mia. Masuk hari yang ke 7 nipple aku crack. Ye betul tu..rupanya salah latch on. Hari ke 8,9,10 nipple ku sudah berdarah darah. Aku stop breastfeed dan cuba mengepam susu dapatlah 1oz-2oz sahaja. Kadang kadang bila aku pam dengan susu susu berdarah sekali maka hasil tenusu itu terpaksa dibuang. Ada sekali tu aku ingat dah tak ada darah aku pun direct breastfeedkan dia. Sekali dia muntah susu keluar darah sekali. Disebabkan aku tak boleh nak direct breast feed and susu yang dipam pun berdarah aku pun mengalah bagikan dia susu formula cap Anmum. Dia punya nyonyot susu dari botol macam dah 10 hari tak minum susu. Kesian anak aku lapar.
Hari ke 11 Mia admit masuk hospital disebabkan infection. Masuk govt hosp haruslah tak boleh direct bagi botol susu kat anak ye atau kau sia sia nak dengar nurse marah kau sampai satu wad dengar?. Bila dia masuk bilik nursery which tak room in dengan ibu tak adalah kebimbangan sangat sebab whenever the mother is not around to feed the baby they will top up will FM milk using syringe or feeding cup (tiba tiba cakap inggeris ni dah apasal) Aku dengan jayanya skodeng govt hosp itu beri susu cap S-26. Aku pula tak adalah strict sangat pasal EBF sebab bagi aku yang penting anak aku tak lapar dari aku nak mengikutkan sangat keegoan aku nak bagi EBF tapi anak aku menangis nangis lapar pun tak guna juga kan. So the choice is yours. Lagipun bukanlah aku saje saje nak jaga tetek tak nak kendur nak mengelak BF. Both of the nipple dah crack and berdarah. I got no choice meh...Itupun setelah hampir dua minggu anak aku lahir berat nya hanya bertambah 90gram sahaja. So selama ni aku bagi BF aku tak tau samada dia kenyang ke tak..sob sob..
Bila mana dia sudah dibolehkan room in dengan aku. Aku pun rasa nipple macam dah ok. Aku pun BF dengan riang hati. Tapi entah macam mana makin di BF kan makin sakit breast aku. Sakit gile. Nipple aku lagi sakit. Sakit yang tok sah cakap. Ini memang gara gara salah teknik Breastfeeding. Hospital private mana ada ajar breastfeed. So breast aku sudah sampai satu tahap tersentuh sikit pun ngilu gila babs...Aku mengadu pada nurse dia insist suruh aku BF baby. Dey, I bukan tak nak BF tapi sakit woo sakit. So mereka mereka pun ajar aku teknik yang betul. Bukan seorang nurse hokeh. Empat orang nurse yang ajar aku selama aku seminggu kat hosp itu. Adakah aku tak makan diajar?? Aku rasa macam bodoh gila masa tu. Kalau ikut ayat mak aku mesti dia akan cakap "Belajar tinggi tinggi masuk U tapi .......(sambung sendiri) yang penting dialog kat depan itu sebagai pembuka kata. Okeh sambung Tapi malangnya bila ada nurse tolong tolak kepala baby dalam dalam ke arah breast aku baru ok bila nurse tak ada je hazab. Sampailah satu malam aku menangis bila Mia nangis nak BF. Hai kerja aku ni dalam pantang tak ada lainkah selain menangis..ehek ehek..Aku jadi trauma bila dia bangun tidur nak menyusu. Trauma sebab aku rasa sangat sakit dan aku rasa sangat useless sebab tak pandai nak BF anak dengan betul. Aku tak sabar sabar nak balik rumah. Sebab doktor cakap kalau aku tak BF Mia makin lama lah kami duduk hospital.
Aku sedih gila masa kat hospital sebab aku rasa tak ada orang faham kesakitan aku. Aku tak faham adakah doktor dengan nurse ingat aku main main tak nak susukan budak? Tapi aku kena faham juga polisi hospital kerajaan. Kalau dah sorang dibolehkan bagi susu botol kat anak kang semua ibu ibu nak macam tu juga.
So lepas balik rumah aku campur menyusu badan dengan FM. As much possible aku beri susu badan sebab susu badan aku sekarang hasilnya dah bagus. Cuma nipple aku still sakit even dah tak crack or berdarah. Kira dalam satu hari paling banyak aku bagi FM untuk 2 kali feeding sahaja. Lagipun aku malas gila nak basuh botol, sterelize botol, tunggu air masak, bancuh susu segala bagai. Yang paling senang adalah bagi sahajalah susu badan yang dah siap siap proses dalam nenen ini. Kan ke best dan heaven nya penyusuan badan ini kalau ada boleh BF dengan tanpa rasa sakit.
Mia pula sekarang ini adalah satu masalah dia cuma nak nenen belah kiri. Belah kanan chup chup empat lima nyonyot dia mengelupur minta dilepaskan. Akibatnya sekarang breast aku dah tak sama besar...Huhuhuhu sebelah macam buah tembikai sebelah macam buah oren. Serius aku tak tipu. Aku cuba dan cuba lagi untuk BF belah kanan dia tetap tak mahu...
Adakah size ini akan berkekalan??? Oh tidak..........................

Tuesday, January 18, 2011
Mak Guard Shift Malam Yang Comel
Ini cerita tentang seorang mak guard. Berumur dalam lingkungan 1 bulan dan 1 hari. Mak guard ini sangat comel, pipinya bobot. Shift beliau bermula jam 11 malam hingga 5 pagi. Beliau suka mengular sebab kerjanya baring sahaja dan ek ek ek ngek ngau sana sini. Kebisingan mulutnya menyebabkan penduduk di Tingkat 16 bilik master tidak dapat tidur dengan aman. Bos rasa macam nak berhentikan beliau kerja sebab bos nya sudah tidak sanggup mendengar rintihan dari penduduk kawasan itu yang tidak cukup tidur. Setiap kali nak marah beliau bos nya rasa tidak sampai hati kerana dia akan buat mukanya yang paling comel.
Aku ingat nak hantar je Mia ni duduk kat pak guard bawah teman kan mereka bekerja shift malam...Adakah Mia ini adalah anak kepada Edward Cullen? Mata aku dah macam panda. Muka dan macam bibik. Disebabkan tak cukup tidur keadaan aku dirumah adalah sangat horror. Bila aku dah nak tertidur dia bangun. Bila dia tidur aku pula berkuntau kemas rumah, lipat baju dan segala bagai. Kadang kadang aku rasa macam mummy yang kejam ada juga. Bila ini dey kici sudah sampai pagi tidak ketiduran terlepas juga kata amarah aku. Masa awal awal dulu aku tak biasa lagi, hari ke 19 dia telah pun mendengar jeritan Kuala Lumpur aku yang pertama.
"Mia ni dah kenapa tak tidur ! Nak apa lagi ni???Main sorang sorang mummy tak nak kawan mia!! " serentak dengan itu aku bawa tangan tutupkan telinga aku rapat rapat. Aku ingat aku penyabar rupanya aku kurang penyabar.
Esok paginya bila aku bangun nampak dia terkulat kulat tidur sebelah tangan terkulai terkeluar dari bedung sedih sebak hati aku tengok dia. Apakah salah dia hendak bermain di shift malam diherdik ibunya pula. Bila aku rasa bersalah cepat cepat aku gomol lomo pipi dia. Dukung dia kuat kuat. Esoknya hari ke 20 aku marah lagi dia tak mau tidur sampai ke pagi. Bangun lagi esok paginya aku rasa bersalah gila dekat dia. Ulang lagi situasi peluk cium aku.
Aku fikir aku ni macam budak budak. Anak nak bermain ek ek ek aku marah. Tapi aku sayang sangat kat dia.
Sekarang ni aku dah boleh terima rutin dia nak main tengah tengah malam. Sekarang aku dah tak marah marah. Ceh ceh ceh feeling mummy solehah pula aku tiba tiba.
Yelah Mia, mainlah kamu puas puas shift malam ni. Nanti mummy dah start kerja kamu tak boleh buat lagu ni. Kalau Mia tak mau tidur juga terpaksalah Mummy hantar kat rumah bangla sebelah yang suka buka radio kuat kuat macam dia seorang ada radio (sempat lagi mengumpat jiran sebelah rumah)

44 hari berpantang..berpantangkah anda?
Tidak berpantang. Satu malam yang dingin dan keseorang hampir meroyan. Serius mungkin itu yang terjadi kalau orang meroyan kot. Waktu kejadian minggu kedua berpantang. Mama dah balik dan tinggal ku keseorangan menjaga anak kecil. Aku yang tak tahu sebenarnya macam mana nak jaga budak baru lahir. Keletihan. Tidak cukup tidur. Tidak cukup makan (hari ke 20 berpantang berat telah turun ke 57kg. Timbangan terakhir sebelum bersalin adalah 68kg!!!)
Baby meragam sepanjang malam. Menangis sekuat hati. Bagi susu sudah. Tukarkan pampers juga sudah. Masih menangis lagi. Aku yang berada dalam keadaan lemah dan kepenatan tiba tiba meraung sekuat hati -- sekuat hati hokeh. Rasanya guard yang jaga kat bawah guard house pun boleh dengar raungan aku. Ntah ntah dia ingat pontianak yang meraung. Agak lama juga adegan aku meraung dan menangis teresak esak malam itu. Mia yang menangis terus diam secara mendadak tengok mummy dia pula yang menangis. Dan dan je aku berhenti meraung dia sambung pula tangisan dia. Masa tu aku rasa memang kasihan tengokkan dua beranak yang tergapai gapai mencari arah hidup. Masa tu memang ada terlintas dalam fikiran aku nak bunuh diri tapi aku bukanlah orang yang berani untuk membunuh diri sendiri. Bawa mengucap banyak banyak aku masa tu. Barulah aku ingat pesan Mummy G, dalam hari jangan biarkan diri sorang sorang nanti perasaan sedih tu menyusup sendiri walaupun tak ada apa disedihkan.
Kalau ikut istilah orang hengeris dipanggil Postpartum Depression - tekanan yang terjadi pada wanita selepas bersalin.
Nasihat aku kalau lepas bersalin adalah baik balik ke kampung. Pantanglah paling tidak selama sebulan dibawah jagaan mak atau mak mertua.Kalau tak adengan tangis sambung menyambung kemungkinan besar akan terjadi. Huhuhuhuhu~

Monday, January 17, 2011
Blog Baru dan Azam Tahun Baru
Hello
Apakah motif nak berhello hello macam ada orang baca je blog kau ni kan...hahaha
Ini blog baru sebelum ini ada dua blog 1) personal blog aku sendiri dan 2) blog masa aku preggie. Tapi aku dah tak aktifkan kedua dua blog sebab aku rasa blog yang sebelum ini banyak sangat cerita pahit kopi o..hohoho. So dengan konon-kononya tahun baru aku pun buat blog baru untuk menulis lebih banyak cerita positif tentang hidup aku dan anak aku.
Azam tahun baru
1. Nak cari kerja yang berpendapatan RM2300.00 dan ke atas.
Lepas ni hidup dah berdua. Segala rezeki kena kongsi berdua. Biar aku tak makan jangan sampai anak aku yang tak ada susu dengan pampers nak pakai. Dulu kerja gaji RM2K++ tu pun semput aku nak bayar segala macam. Sewa rumah, kereta, kad kredit, bil air api astro, duit kutu, makan, minyak kereta, barang rumah, barang dapur, parents. Tu cukup cukup je untuk aku hidup sorang sorang. Tu pun kadang kadang terbarai. Lepas ni bertambah lagi senarai bayaran nursery, susu anak, baju anak, pampers anak. Apa apa pun kena dahulukan anak. Maka, haruslah aku kena up kan sikit expected salary aku. Harap harap berezeki murah dan melimpahlah aku dengan anak aku lepas ni. Kalau tidak harap bercukupan makan pakai kami berdua. Amin
2. Nak start konsisten ambil Insurans.
Since lepas ni dah ada anak. Aku kena fikir panjang sikit masa depan aku dengan anak aku. Dia pun cuma ada aku nak besarkan dia. Aku yang tak bersimpanan.Huhuhu~ Sekurang kurangnya kalau aku ada insurans, kot kot apa apa jadi kat aku adalah anak aku duit nak teruskan hidup dia. Aku tak maulah dah mati pun nak menyusahkan orang. Kalau dia dapat pampasan, orang lain nak besarkan dia pun senang hati. Kalau dia aku tinggalkan non zado apo apo takut dicerca dihina dek orang. So far ni aku dah survey. Aku ingat nak ambil Prudential Takaful sebab monthly rendah dan ada medical card.
3. Nak enroll dengan AKPK untuk habiskan hutang kredit kad aku.
Aku dengan tekadnya nak mendaftarkan diri dekat AKPK untuk kaunseling kredit dan pengurusan kad kredit. Orang kata kalau dah enroll dengan AKPK susah nak apply loan. Tapi bagi aku kalau history payment aku dengan bank dah tak cantik baik aku do one thing at one time. Tunggu habiskan satu persatu hutang. Dah selesai hutang kad kredit baru aku fikir nak beli rumah dan etc etc.
4. Nak start simpan balik sikit sikit saving dalam ASB ~ kalau bermurah rezeki nak invest dalam Public Mutual.
Aku fikir lepas ni tak banyak walau sikit ada mesti simpan pelan pelan dalam ASB untuk kecemasan dan simpanan jangka panjang. Hari tu aku ada apply nak buat loan ASB dengan Maybank untuk 20 years long term. Tak taulah approved ke tak. Kalau approved memang rezeki anak aku. Kalau tak walau cuma 50 henget sebulan pun mesti juga simpan dan tak usik usik. Sikit sikit lama lama jadi bukit ^-^
5. Mesti maintain berat badan 55kg.
Harrrrrussssss..................mesti jadi mummy yang gorjes. Bukan mummy yang boroi..euwww
6. Buka akaun Tabung Haji untuk my lovely mother
Ini niat aku untuk tahun ini. Harap harap aku ini dapatlah menjadi anak yang lebih solehah dari tahun ke tahun. Mak aku pun dah tak lama lagi nak cecah 50. Ini pun kes dah kira lambat nak simpankan duit untuk dia pergi menunaikan haji/umrah. Masa dia tengah sihat ni lah sepatutnya aku fikir nak balas jasa dia. Tak apalah biar lambat dari langsung tak buat kan kan kan..
Boleh tak nak tambah satu lagi --> harap harap breast aku tak sentiasa bengkak dan berdonyut donyut sepanjang masa. Time aku tengah menaip ni breast aku sakit macam nak meletup. Sakit wooooo.....

Subscribe to:
Posts (Atom)