Sorry pasal lama aku tak update blog tak semenggah ni.. Cerita baru adalah aku dah start bekerja dengan sebuah company outsource. Mia pula sakit sejak bulan lepas sampai sekarang tak baik baik. Risau sangat. Bila batuk sangat teruk bunyi kong kong kong dia dan diikuti dengan muntah selambak yang mana dalam muntah itu ada kahak. Kesian dia. Tak sampai hati aku tengok dia muntah macam tu. Rasa mahu aku tukar badan aku dengan badan dia. Budak kecil muntah mesti lagi sakit sedangkan budak besar besar muntah terus lesu badan. Inilah akibatnya kalau tak breasfeed, kalau breastfeed insyallah dengan kandungan antibodi yang tinggi mungkin dapat membantu mengurangkan sakit sakit begini. Maka dengan ini aku menyeru ibu ibu di Malaysia agar menyusukan anak dengan susu badan.
Berbalik kepada tajuk entri diatas. Aku dengan berangan yang sangat tingginya ingin sekali melihat Mia boleh membaca seawal umur 2 tahun. Adakah aku ibu yang mendesak anak atau sebenarnya hasrat ini boleh tercapai? Sesungguhnya semua baby adalah genius. U know macam iklan Anmum. So aku telah membeli Mia's first Flash Card yang aku beli di Tesco dengan harga RM5.00. Sekarang ni paling tidak aku spent sehari sekali main Flash Card dengan dia. Mia baru umur 2 bulan setengah sudah mahu ajar baca kah minachi? Ey ey don't understimate my baby hokeh. Brain baby lagi banyak nerve cells dari kita yang dah tua bangka ini. Nerve cells ni kalau kita tak polish dia ia akan depleted. Kalau kita polish ia akan berhubung. Macam iklan Anmum lagi padahal anak aku dah tak minum susu Anmum lagi atas alasan ekonomi ibu nya baru bekerja. Tak apa tak apa nanti ekonomi dah stabil boleh tukarkan susu Anmum balik. Walaubagaimanapun susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak anak.
Kepada my support group yang bila balik kerja rajin main Flash Card dengan Mia, terima kasih tidak terhingga ku ucapkan. Marilah sama sama kita mendidik Mia menjadi anak yang pintar dan solehah ;) Aminnnn - 6 harkat.
For more information about genius baby can refer to http://geniusbabyonboard.blogspot.com/
Untuk ubat penghilang rindu mak cik mak cik Mia yang jauh di halaman kampung, ku selitkan beberapa gambar terbaru si tecik comel ini.